Tarikh tutup permohonan geran pembaikan hotel bajet dilanjutkan hingga 15 Jun

Dagang News
Mei 6, 2022 10:50 MYT
Permohonan geran itu asalnya dibuka bermula 1 hingga 30 April dan kini dilanjutkan ke Jun 2022. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilanjutkan sehingga 15 Jun ini.
Menurut kenyataan MOTAC, permohonan geran itu dibuka bermula 1 hingga 30 April kepada semua pengusaha hotel bajet yang diberikan penggredan 1, 2 dan 3 Orkid di bawah kementerian.
Sehubungan itu, MOTAC menyeru semua pengusaha hotel yang layak segera mengemukakan permohonan geran ditawarkan ini.
"Pemberian geran ini diharapkan dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut berkenaan garis panduan permohonan dan borang permohonan boleh didapati di www.motac.gov.my/geranpadanan iaitu laman web rasmi MOTAC. - DagangNews.com
#hotel bajet #Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan #MOTAC #pengusaha hotel
;