Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Amzar Alif
Mei 11, 2024 14:05 MYT
Mei 11, 2024 14:05 MYT
KUALA LUMPUR: Pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun, Systema komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst.
Sejajar dengan kempen itu, Systema telah melancarkan model terbaharunya, berus gigi dengan teknologi SlimTech yang dipertingkatkan serta bulu halus 0.02mm dan kepala berus 40 peratus lebih nipis, memberikan jangkauan lebih dalam hingga ke gigi belakang.
Menurut tinjauan National Oral Health Survey of Adults 2020, ia menunjukkan kira-kira 94 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah gusi dan kira-kira 38 peratus daripadanya menghidap periodontitis iaitu sejenis penyakit gusi yang teruk.
Statistik tersebut menunjukkan bahawa kesedaran tentang kesihatan gusi di kalangan rakyat Malaysia masih sangat rendah.
Oleh itu, kempen #GumHealthFirst Systema bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan alat untuk menjaga kesihatan gusi mereka dengan mengutamakan penjagaan gusi bagi setiap individu.
Menurut Pengarah Urusan Southern Lion, Tomotaka Oka, Systema disokong dengan pengalaman 130 tahun sains dan teknologi dari Jepun dengan misi menggalakkan penjagaan gusi lebih baik.
“Untuk kempen ini, kami bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyediakan pemeriksaan pergigian percuma di jelajah Systema bermula hari ini sehingga hujung bulan ini.
“Dan kami juga menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi dalam talian dan maklumat tentang penjagaan gusi buat pelanggan kami untuk memahami cara menjaga gusi mereka,” katanya pada majlis pelancaran kempen #GumHealthFirst Systema di ibu negara pada Khamis.
Oka berkata masalah gusi berlaku apabila bakteria plak menjangkiti poket gusi kerana tidak diberus dengan betul atau flos.
“Gusi yang tidak sihat adalah lebih daripada sekadar kesan kepada kesihatan mulut seseorang malah boleh membawa kepada masalah serius seperti kehilangan gigi dan kesukaran dalam melakukan aktiviti harian seperti mengunyah dan bercakap.
“Ia tidak berhenti di situ, penyakit gusi yang tidak dirawat boleh bertukar menjadi keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan, strok, dan diabetes,” ujarnya.
Namun, dengan teknologi inovasi terbaharu daripada Systema, masalah tersebut dapat dicegah menerusi penggunaan berus gigi dan ubat gigi yang terbukti lebih baik untuk penjagaan gusi.
“Ubat gigi Systema diperkaya dengan bahan istimewa dari Jepun seperti IPMP, GK2 dan TDS yang mampu membunuh sehingga 99.9 peratus bakteria dalam poket gusi.
“Ia boleh memberikan perlindungan 24 jam terhadap bakteria serta terbukti secara klinikal boleh berfungsi empat kali lebih baik dalam mencegah masalah gusi berbanding menggunakan ubat gigi biasa,” tambahnya.
Turut hadir pada Majlis Pelancaran Kempen #GumHealthFirst, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noormi Binti Othman dan Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat yang turut sempat berkongsi tentang kesedaran pentingnya penjagaan gusi dan cara menjaganya.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen #GumHealthFirst boleh layari portal www.gumhealthcheck.com dan media sosial rasmi Systema.
#systema
#GumHealthFirst
#Pengarah Urusan Southern Lion
#Tomotaka Oka
#Kementerian Kesihatan Malaysia