Syarikat Malaysia menang anugerah pembuatan mesra alam sekitar terbaik Asia Tenggara 2021

Astro Awani
Februari 25, 2022 15:21 MYT
Visi EP Borneo adalah untuk memberikan penyelesaian mesra eko kepada industri yang selama ini tidak mempunyai kesedaran alam sekitar dalam operasinya.
KUALA LUMPUR : Dalam suasana selepas pandemik, syarikat-syarikat perlu bangkit untuk mendapatkan rakan perniagaan baharu khususnya dalam kerja-kerja pembersihan dan pencucian.
Dalam hal ini, EP Borneo Sdn Bhd mempunyai fokus terhadap penyelesaian kerja-kerja kalis air mesra alam sekitar, pengendalian bahan tambahan binaan seperti EP Waterproofing Solution dan projek bersama pemuliharaan yang tersenarai sebagai warisan dunia.
Pengasas EP Borneo Hayden Clark percaya itu akan menunjukkan kualiti produk, sistem dan perkhidmatannya.
“Untuk itu, EP Borneo telah bekerja dengan para pemilik rumah, syarikat kecil dan sederhana (SME), korporat multinasional dan jabatan kerajaan di banyak tempat, dari Timur Tengah hingga Indonesia,” kata rakan niaga EP Borneo, Aurelia Harumal.
EP Borneo yang ditubuhkan pada tahun 2005 mempunyai pengalaman 20 tahun dengan rekod kerjanya terbukti dari Australia hingga ke Malaysia, malah telah memenangi anugerah APAC Business Award 2021 dan Syarikat Pembuatan Mesra Alam Sekitar Terbaik Asia Tenggara 2021.
Bahan-bahan yang digunakan oleh produk EP adalah terbaik dari pembekal terbaik. Ia disahkan 100 peratus terbiodegradasi oleh Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA) dan piawaian Kesatuan Eropah (EU) serta semua pertubuhan alam sekitar sedunia.
Produk EP mempunyai kesan negatif sifar ke atas laluan air dan laut. Ia tidak mempunyai impak terhadap kehidupan tumbuhan dan tidak meninggalkan bahan sampingan buruk yang terus wujud bertahun-tahun lamanya.
Semua produk EP adalah berasaskan air, dengan kebanyakannya dibentuk menggunakan air hujan yang dikumpul melalui tangki. Produk EP juga tidak digunakan untuk ujian ke atas haiwan.
"Visi EP Borneo adalah untuk memberikan penyelesaian mesra eko kepada industri yang selama ini tidak mempunyai kesedaran alam sekitar dalam operasinya. Memandangkan Asia Tenggara adalah pasaran dunia yang sedang pesat membangun, keperluan bagi penyelesaian mesra alam sekitar dan pendidikan adalah amat penting bagi planet kita," ujarnya.
Ketika mana bahan kimia sentiasa menyumbang kepada bencana alam sekitar, bukan saja industri berat seperti pembinaan, minyak dan gas luar pantai, malah pemilik rumah perlu mengubah set minda sebagai manusia yang hidup untuk ke arah usaha menyelamatkan planet.
Sejak 15 tahun lalu, EP Borneo Sdn Bhd bekerja dengan syarikat-syarikat besar dunia seperti Petronas, Saudi Aramco, Mahindra, BHP, Shangrila Group dan Sim Leisure Group: Theme Park. Selain itu, mereka juga bekerja dengan projek-projek arkitek yang memenangi anugerah termasuk pemenang Guinness World Records iaitu World's Longest Water Slide Penang.
#mesra alam sekitar #ep borneo #apac business award #perniagaan
;