Syarikat Itali berminat selamatkan Brooks Brothers daripada muflis

Irwan Muhammad Zain
Julai 21, 2020 15:32 MYT
Pada awal Julai lalu, setelah dua abad berniaga, Brooks Brothers yang kini diterajui pengusaha Itali Claudio Del Vecchio mengemukakan notis bangkrap. - Gambar Brooks Brothers
SEBUAH syarikat yang berpengkalan di Milan, Itali merancang untuk menyelamatkan jenama fesyen terkemuka Amerika Syarikat, Brooks Brothers yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19, lapor Fox Business.
Sekiranya berjaya dalam pembidaannya, Kumpulan Giglio merancang untuk melantik beberapa pengurus warga Itali yang berpengalaman dalam industri fesyen dan akan lebih banyak melabur dalam pemasaran digital. Tiga kilang Brooks Brothers di Amerika Syarikat yang bakal ditutup bulan depan kekal dibuka dan pengeluaran di luar negara akan disatukan di Itali.
"Kami mahukan gabungan DNA Amerika yang mengambarkan Brooks Brothers dengan pengalaman dan pengetahuan Itali yang dapat kami tambahkan," kata Ketua Eksekutif Giglio, Alessandro Giglio dalam satu temubual.
Pada awal Julai lalu, setelah dua abad berniaga, Brooks Brothers yang kini diterajui pengusaha Itali Claudio Del Vecchio mengemukakan notis bangkrap. Ia susulan kejatuhan teruk perniagaan mereka kesan pandemik COVID-19.
Selain Kumpulan Giglio, pembida lain yang berminat termasuk Sparc Group LLC dan WHP Global Inc., menurut pihak yang mengetahui situasi itu.
"Ini akan menjadi pertarungan yang sukar, tapi saya suka peluang kami," kata Mr. Giglio. "Biasanya kami membantu jenama daripada membelinya, tetapi peluang untuk membuat semula jenama ikonik seperti Brooks Brothers dari kosong terlalu menarik untuk dilupakan."
Giglio dan pembida lain perlu mengemukakan tawaran rasmi selewat-lewatnya pada 5 Ogos. Seorang jurucakap Brooks Brothers enggan mengatakan berapa banyak pernyataan minat yang diterima syarikat itu.
Ketika Perang Dunia ke-2, Brooks Brothers berjaya melepasinya dan muncul sebagai jenama fesyen terkemuka. Namun jenama ini gagal melepasinya akibat pandemik COVID-19.
#Amerika Syarikat #bida #Brooks Brothers #COVID-19 #fesyen #Itali #muflis #pembida #runtuh #selamat
;