Syarikat Belanda dijangka beli OldTown Kopitiam
Ibrahim Sani
Disember 11, 2017 04:32 MYT
Disember 11, 2017 04:32 MYT
Syarikat Belanda Jacobs Douwe Egberts (JDE) Holdings Asia NL B.V. telah melancarkan pengambilalihan OldTown Bhd.
Harga yang ditawarkan adalah RM1.47 bilion atau RM3.18 sesaham, yang merupakan 10.4% lebih tinggi dari harga dagangan terakhir pada 7 Disember iaitu RM2.88.
CIMB Investment Bank, yang bertindak bagi pihak JDE, berkata tawaran pengambilalihan itu adalah 10.4% lebih tinggi daripada harga dagangan terakhir RM2.88 pada 7 Disember.
Dalam satu kenyataan berasingan, Oldtown berkata para pemegang saham utama yang memiliki 51.4% saham telah memberikan janji untuk menerima tawaran itu.
JDE adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Belanda, yang mempunyai perniagaan kopi dan teh global. Acorn Holdings B.V mempunyai kepentingan tidak langsung dalam JDE, sekitar 73% milik dalam JDE.
CIMB Investment Bank dilaporkan telah mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun escrow JDE melalui sebuah bank di Singapura selaras dengan syarat-syarat pengaturan escrow.
CIMB Investment Bank berkata dana escrow tidak boleh dilepaskan dari akaun selain untuk tujuan yang dibenarkan membayar pengambilalihan OldTown.
Ditubuhkan pada tahun 1999, aktiviti utama OldTown adalah operasi rantaian kafe dan pembuatan, pemasaran dan penjualan kopi dan minuman lain. OldTown telah membuka pelbagai rantai restoran di dalam dan di luar negara.
Disebabkan kemelesetan ekonomi, beberapa restoran OldTown telah ditutup operasi.