Suruhanjaya Syarikat Malaysia perkenalkan portal MyData SSM

Azyyati Ahmad
November 14, 2016 10:05 MYT
Suruhanjaya Syarikat Malaysia memperkenalkan portal MYDATA SSM
Melihatkan kebangkitan era teknologi dan maklumat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengambil langkah melancarkan MyData SSM.
MyData SSM adalah portal atas talian dengan tujuan membolehkan pengguna mengakses data perniagaan dengan satu akses elektronik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner, portal ini dibangunkan untuk menyampaikan maklumat tanpa sekatan kepada pengguna dan menghapuskan kesulitan enjin carian yang selalu dialami pengguna.
“Dengan MyData SSM, pengguna akan dapat mencari maklumat di dalam talian dengan data pendaftaran terkini, mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kedudukan kewangan perniagaan dan penglibatan produktif antara pengguna dan perniagaan.
“Setiap maklumat yang dikehendaki pengguna boleh dimuat turun dengan bayaran RM15 bagi setiap data,” katanya selepas majlis perasmian MyData SSM di Shah Alam pada Isnin.
Perasmian MyData SSM telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh.
MyData SSM juga bakal menyediakan perkhidmatan yang dikenali sebagai Company Watch yang membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat untuk sebarang perubahan perniagaan.
Dalam fasa kedua, produk yang bakal diperkenalkan adalah Gadaian Syarikat, dokumen seperti imej, Sijil Berdaftar dan Surat Penamatan Perniagaan yang boleh dibeli secara dalam talian.
Maklumat mengenai MyData SSM boleh diperolehi melalui laman Facebook rasmi @Mydata-SSM, carian twitter #MyData_SSM dan juga laman rasmi Instagram MYDATASSM.

Simple steps to buy #Ssm #Company #business #profile on your mobile or desktop in less than 1 minute. pic.twitter.com/QlPmd1mlfp

— MYDATASSM (@MYDATASSM) August 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#MYDATA SSM #SSM #Suruhanjaya Syarikat Malaysia #Zahrah Abdul Wahab Fenner