BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang nilai ringgit Malaysia yang mengalami turun naik kerana nilainya yang tidak ditetapkan dan dijamin oleh kerajaan.
Ujarnya, pinjaman atau penjualan ringgit oleh peniaga mata wang menyebabkan pasaran kewangan dipenuhi dengan ringgit.
Mahathir berkata, perkara sama berlaku ketika krisis ekonomi dunia pada 1997 dan 1998.
Namun katanya, kerajaan bertindak menetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dolar Amerika Syarikat (AS) dan memberi jaminan bekalan dolar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk satu dolar AS.
Namun tindakan menambat ringgit ketika itu hanya 'merugikan' rizab dolar AS negara dan melemahkan pemulihan ekonomi Malaysia Apabila nilai sebenar ringgit adalah lebih lemah daripada RM3.80 kepada dolar AS, maka lebih ramai orang jual ringgit dan beli dollar AS pada kadar tambatan tersebut yang lebih murah serta negara ambil keluar lebih banyak dolar AS dari rizab dolar negara untuk bayar
mereka.
Apabila ini berlaku, rizab dolar negara akan habis dengan cepat untuk membayar tukaran wang kepada orang yang menjual ringgit bagi membeli dolar tersebut.
Bila rizab dolar AS negara rendah atau habis, negara tidak boleh melakukan transaksi pembayaran untuk pembelian import negara dalam dolar AS.
Sekiranya ini berlaku, ekonomi negara akan bermasalah besar, tambatan ringgit itu pun tidak boleh dipertahan sebab rizab dolar negara habis dan ringgit negara akan terhempas.
Akibatnya pelabur semua takut dan cabut lari dan bawa keluar modal dan pelaburan mereka.
Bila ini berlaku dulu, Mahathir melaksanakan kawalan atau sekatan modal (capital control) pula supaya mereka tidak boleh bawa modal mereka keluar.
Akibatnya mereka tidak mahu melabur di Malaysia, sebab kalau mereka melabur, susah untuk mereka keluarkan duit mereka nanti.
Ketika itu, tidak banyak pelabur yang masuk Malaysia dan ekonomi negara pun agak lembab.
Dulu negara terpaksa buat tambatan tersebut kerana krisis mata wang akibat serangan dan spekulasi terhadap mata wang negara akibat dasar mata wang negara yang longgar semasa Mahathir jadi PM4 dan Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan.
Tetapi kini langkah berkenaan tidak lagi sesuai dibuat.
Sekarang bukan krisis mata wang tapi krisis keyakinan terhadap politik dan ekonomi negara.
Jika negara melaksanakan langkah seperti dicadangkan oleh Mahathir, keyakinan pelabur lagilah akan semakin terhakis.
Sebab itu, hanya beberapa negara sahaja di dunia ini yang tambat mata wang kepada dolar AS. Contohnya ialah Cuba, Djibouti, Eritrea, Lubnan, dan Panama. Ini bukanlah negara-negara contoh dari segi kemajuan ekonomi terbuka.
Isu tambat ringgit ini bukan pertama kali dicadangkan oleh Mahathir, namun dilontarkan setiap kali negara mengalami krisis ekonomi. Namun, cadangannya ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Malahan, Pak Lah menarik balik tambatan ringgit dan melonggarkan kawalan modal ke atas mata wang negara pada 2006.
Hasilnya, aliran masuk pelaburan asing melonjak dengan tinggi ke dalam negara bermula 2005.
Pendirian serupa turut diulangi oleh Najib pada 2018. Menurutnya, menambat mata wang ringgit pada dolar AS menyebabkan hilangnya keyakinan dalam kalangan para pelabur global.
Beliau juga berkata, meskipun berlaku turun naik pada nilai ringgit dalam jangka pendek, namun pada jangka panjang, paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi negara.
Langkah menambat mata wang ringgit dan kawalan modal mengakibatkan pelaburan menjadi lemah, terutamanya pelaburan portfolio.
Selepas melaksanakan tambatan ringgit dan kawalan modal, Mahathir terpaksa melakukan bajet yang tinggi kadar defisit untuk melonjakkan ekonomi menggunakan wang kerajaan menggantikan pelaburan swasta dan asing untuk memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang.
Selepas 1998, bajet defisit berada di atas paras 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang dianggap tinggi untuk jangka masa yang panjang sehingga Mahathir bersara pada tahun 2003.
Walaupun begitu, ekonomi juga berjalan secara perlahan pada tahun 2001 dan tidak menyinar untuk tempoh itu.
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan kerana ia menyebabkan hutang negara terus meningkat.
Graf berkenaan menunjukkan perbandingan hutang kerajaan ketika era pemerintahan Mahathir sewaktu menjadi PM4 dan Najib.
Graf itu menunjukkan kenaikan yang berterusan hutang kerajaan semasa zaman Mahathir dalam tempoh tujuh tahun terakhir selepas beliau menambat mata wang dan melaksanakan kawalan modal.
Melihat pada defisit yang besar, pertumbuhan yang lemah dan peningkatan peratusan yang tinggi dalam hutang kerajaan dalam tempoh tersebut, Malaysia mengalami "kerugian besar" sepanjang tujuh tahun terakhir itu.
Negara-negara seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia terjejas teruk daripada Malaysia tetapi tidak mengenakan kawalan modal atau menambat mata wang mereka. Hanya Malaysia melakukannya.
Mahathir juga sering mendakwa bahawa negara tidak melakukan sebarang pinjaman bersama Bank Dunia ketika krisis ekonomi 1998.
Namun pada 2011, tiga dokumen rasmi Bank Dunia yang didedahkan kepada media menunjukkan salah satu daripada empat pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah AS$704 juta diambil kerajaan Malaysia pada 1999.
Dokumen itu menunjukkan bahawa Mahathir mendapatkan pinjaman tersebut menerusi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Perjanjian pinjaman itu ditandatangani oleh Mahathir selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Bukankah sebelum ini, Mahathir mempersoalkan penilaian Anwar dalam menangani krisis kewangan Asia 1997 yang menurutnya mahu mengikut langkah yang disarankan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Rentetan peristiwa itu, Mahathir memecat Anwar jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setahun kemudian.
Mahathir sebenarnya tidak perlu "kelam kabut"; kerana negara belum mencapai tahap hiperinflasi atau inflasi di luar kawalan seperti dikatakan oleh seorang pakar ekonomi, Profesor Dr Rajah Rasiah.
Susulan kenyataan oleh Rajah itu, Mahathir terus mencadangkan agar kerajaan menambat ringgit.
Ujar Rajah, beberapa negara mungkin menghadapi hiperinflasi, di mana harga barangan dan perkhidmatan meningkat pada kadar tahunan 1000% atau lebih disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Namun amaran Rajah itu dibalas oleh pakar ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Wan Azman Saini Wan Ngah.
Kata Wan Azman Saini, hiperinflasi tidak akan berlaku di Malaysia berikutan kadar inflasi
negara ini tidak begitu tinggi seperti negara-negara lain.
Jelasnya, peningkatan kadar inflasi itu ada tetapi 4% untuk Malaysia dan belum dikira sebagai hiperinflasi.
Malahan beberapa cadangan turut dikemukakan oleh pakar ekonomi lain untuk menangani inflasi ketika ini iaitu meningkatkan stok bekalan makanan bagi tujuan import dan mengawal bekalan wang dalam pasaran.
Selain itu, pakar juga mencadangkan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja pada 1 Januari 2023 juga perlu diteruskan bagi menangani masalah kenaikan harga barangan.
Justeru, banyak lagi mekanisme lain yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan selain menambat ringgit yang akhirnya akan merugikan negara dalam jangka masa Panjang.
Mahathir juga tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai penasihat serta kementerian yang bertanggungjawab memantau serta memberi nasihat bagi menangani krisis ekonomi.
- Asyraf Hakimi
* Asyraf Hakimi merupakan seorang ahli perniagaan.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Mon May 16 2022
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan. - Gambar hiasan
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.