Sunway Construction peroleh kontrak MRT bernilai RM52.51 juta

Bernama
September 26, 2016 11:59 MYT
Kumpulan itu berkata, ia juga telah menerima surat hasrat daripada Sunway Iskandar Sdn Bhd, anak syarikat Sunway Bhd, untuk projek di Medini Iskandar, Johor bernilai RM156.5 juta. - Gambar fail
Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat Sunway Construction Group Bhd telah memperoleh kontrak RM52.51 juta daripada MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd untuk kerja-kerja berkaitan projek
Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sunway Construction berkata, kontrak itu adalah untuk kerja pembinaan laluan jejambat dan kerja berkaitan yang dijangka siap pada September tahun depan.
Kumpulan itu berkata, ia juga telah menerima surat hasrat daripada Sunway Iskandar Sdn Bhd, anak syarikat Sunway Bhd, untuk projek di Medini Iskandar, Johor bernilai RM156.5 juta.
"Projek itu merangkumi pembinaan 88 unit lot kedai, sebuah masjid, satu pejabat pengurusan, satu blok penyimpanan sampah, dua substesen Tenaga Nasional Bhd serta kemudahan berkaitan dengan tempoh siap 20 bulan.
"Kedua-dua kontrak dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan mulai tahun kewangan ini," katanya. - BERNAMA
#MMC Gamuda KVMRT #MRT #Sunway Construction Sdn Bhd