Sun Life berazam untuk terus menjadi pembimbing kewangan rakyat Malaysia
Ian Johan Ariff
Januari 1, 2025 20:15 MYT
Januari 1, 2025 20:15 MYT
KUALA LUMPUR: Menginjak ke tahun baharu 2025, Sun Life Malaysia kekal komited untuk menjadi rakan kewangan anda, mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijak terutamanya membina keselamatan kewangan melalui perlindungan.
Ilmu kewangan ini penting bagi memperkasakan legasi kewangan melalui insurans dan takaful untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Bersama Sun Life Malaysia, anda dapat melindungi masa depan keluarga dengan langkah-langkah kewangan yang lebih cerah dan stabil.
Menurut Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew, tahun baharu ini adalah masa terbaik untuk rakyat Malaysia merancang masa depan kewangan keluarga.
“Pada masa ini, kami mempunyai 1.2 juta pelanggan dalam rekod kami.
"Untuk tahun 2025, matlamat kami adalah untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia mencapai kestabilan kewangan sepanjang hayat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat,” kata Raymond.
Sebagai sebuah syarikat yang memenangi pelbagai anugerah insurans dan takaful, Sun Life Malaysia percaya perlindungan kewangan adalah asas kepada daya tahan kewangan jangka panjang dan kehidupan yang lebih sihat.
“Pada tahun ini, kami akan mempergiatkan lagi usaha kami dalam untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan celik kewangan melalui pelbagai usaha pendidikan, termasuk kerjasama dengan media, jerayawara, siri penjelasan video insurans dan takaful, tinjauan pengguna dan banyak lagi,” jelas Raymond.
Sun Life adalah sebuah syarikat insurans hayat dan pengurusan aset global, berasal dari Kanada, dengan sejarah 160 tahun.
Manakala Sun Life Malaysia adalah usaha sama antara Khazanah Nasional dan Sun Life, yang menawarkan insurans hayat dan takaful keluarga di Malaysia sejak 2013.
Sepanjang 11 tahun yang lepas, Sun Life Malaysia telah memenangi pelbagai anugerah dan kini menjadi penyedia bancatakaful terkemuka di negara ini serta pilihan produk insurans hayat yang inovatif dan takaful keluarga patuh syariah.
Antara produk yang menjadi tumpuan adalah Takaful Suria Plus, satu pelan takaful yang menyediakan keperluan perlindungan simpaan dan aspirasi Haji, serta Takaful Mulia, pelan komprehensif yang memenuhi kehendak lima rukun Islam.
Pada tahun 2021, Sun Life memperkenalkan dana pertama di Malaysia yang menggabungkan pulangan pelaburan dengan prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus), menunjukkan kepimpinan mereka dalam kewangan lestari.
Seterusnya, Dana Sun Life Malaysia Islamic Global Sustainability (Islamic Global Sustainability Fund) diperkenalkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melabur secara bertanggungjawab melalui pilihan konvensional dan takaful.
Pada tahun 2024, Sun Life Malaysia memperkenalkan kempen InsureLit dengan matlamat memartabatkan literasi kewangan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melindungi keluarga mereka.
Dengan semangat untuk membentuk masa depan yang cerah, Sun Life Malaysia mengajak anda mengorak langkah pertama ke arah masa depan kewangan yang terjamin.
“Dengan usaha berterusan dan matlamat yang jelas, kami bersedia menemani dan membantu rakyat Malaysia melangkah ke tahun baharu yang lebih cerah, stabil, dan sejahtera,” tambah Raymond.
Mulakan perjalanan anda ke arah kestabilan kewangan bersama Sun Life Malaysia hari ini!
Layari laman web www.sunlifemalaysia.com/campaigns/insurelit bagi mendapatkan lebih banyak pengetahuan dan kemahiran untuk melindungi masa depan kewangan keluarga anda.