Sukuk runcit pertama terbitan DanaInfra dilancarkan

Astro Awani
Januari 8, 2013 13:16 MYT
Rakyat Malaysia kini boleh terlibat sama di dalam pembangunan Projek Aliran Transit Massa (MRT) dengan pelaburan serendah RM1,000 melalui pembelian bon dagangan dan sukuk ETBS.
ETBS, sukuk runcit pertama tempatan yang diterbitkan DanaInfra Nasional Berhad dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sejumlah sukuk bernilai RM300 juta akan ditawarkan kepada pelabur runcit.
Jumlah ini sebahagian daripada nilai sukuk keseluruhan ditawarkan bagi pembiayaan MRT fasa pertama berjumlah RM1.5 bilion.
Penawaran sukuk runcit ini bermula 8 Januari dan berakhir 18 Januari.
Pelabur akan mendapat pulangan yang telah ditetapkan dalam bentuk kupon dan dibayar secara berkala sebanyak dua kali dalam setahun.
Menurut Najib, pelancaran ETBS ini membolehkan rakyat biasa melabur dan menikmati pulangan hasil daripada kemajuan negara.
#Bursa Malaysia #Datuk Seri Najib Tun Razak #etbs #MRT #sukuk runcit
;