Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO
Bernama
Februari 28, 2024 13:45 MYT
Februari 28, 2024 13:45 MYT
KUALA LUMPUR: Standard Chartered Saadiq Malaysia (Saadiq Malaysia) melantik Bilal Parvaiz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 Mac 2024.
Menurut bank itu, beliau akan mengambil alih tanggungjawab daripada Mohd Suhaimi Abdul Hamid, yang akan meletak jawatan untuk meneruskan peluang lain.
Bilal akan melapor kepada CEO Standard Chartered Malaysia Mak Joon Nien dan CEO Perbankan Islam Standard Chartered Saadiq Khurram Hilal, katanya dalam kenyataan hari ini.
Bilal menyertai Saadiq Malaysia pada 2014 selepas menamatkan kerjayanya selama empat tahun di Standard Chartered Saadiq, Emiriah Arab Bersatu dan terkini merupakan Ketua Perbankan Korporat Islam, Komersial dan Institusi bank itu.
Saadiq Malaysia adalah anak syarikat perbankan Islam Standard Chartered Malaysia.
-- BERNAMA