Standard Chartered bakal terbangkan pelanggan bertuah menonton Piala Dunia

Astro Awani
Mei 25, 2018 14:31 MYT
Lapan penyelesaian pelaburan disediakan antaranya Pelaburan Bon, Pelaburan Berstruktur Berkait Komoditi, Unit Amanah dan Deposit Mata Wang Asing. - Gambar arkib
INSTRUMEN pelaburan yang pelbagai dalam pasaran menyukarkan para pelabur dana besar untuk menganalisis setiap instrumen yang bersesuaian dengan selera risiko mereka.
Penyelesaian bersifat komprehensif dan sehenti bagi membantu mereka membuat keputusan pelaburan penting bagi memastikan pulangan maksimum dijana.
Standard Chartered Bank, dengan pengalaman luas di seluruh dunia, merupakan pusat penyelesaian pelaburan sehenti yang tepat untuk pilihan pelabur dengan dana besar.
Ciri-ciri penyelesaian pelaburan yang ditawarkan termasuk pasukan Penasihat Pelaburan, penyelesaian kekayaan komprehensif, semakan prestasi pasaran dengan kadar pantas dan pengurusan pelaburan di hujung jari anda.
Lapan penyelesaian pelaburan disediakan antaranya Pelaburan Bon, Pelaburan Berstruktur Berkait Komoditi, Unit Amanah dan Deposit Mata Wang Asing.
Pelaburan berlandaskan Shariah juga ada disediakan seperti Unit Amanah Islam dan Sukuk kecuali Pelaburan Berkait Komoditi.
Kesemua tawaran itu memberikan kepelbagaian portfolio buat pelanggan utama Standard Chartered Bank serata dunia.
Sehubungan itu bagi mengalakkan pelaburan yang lebih bermakna untuk pelanggan utama Standard Chartered, bank tertua di Malaysia ini menawarkan kempen pelaburan bersempena Piala Dunia FIFA Rusia 2018!
Kempen bermula April sehingga pertengahan Jun itu menawarkan tiga jenis pakej dengan ganjaran luar biasa bagi pelanggan segmen konvensional dan Saadiq.
Melalui pelaburan bermula serendah RM50 ribu ringgit, pelanggan berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di GSC dan membawa pulang telefon pintar VIVO X21.
Sejumlah tiga pakej pelaburan disediakan di bawah kempen Piala Dunia FIFA 2018 dengan hadiah utama adalah tiket menyaksikan perlawanan akhir di Moscow Rusia.
Untuk maklumat lanjut layari, https://www.sc.com/my/promotions/fifa-world-cup/ dan kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat.
#Amanah #dana #Deposit Mata Wang Asing #pelabur #pelaburan #Pelaburan Berstruktur Berkait Komoditi #Pelaburan Bon #Standard Chartered Bank #unit amanah
;