Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara rasmi melancarkan aplikasi telefon pintar bagi perkhidmatan e-Info hari ini bagi membolehkan pengguna menyemak dan mendapatkan status pendaftaran perniagaan dalam talian.
Pelancaran aplikasi itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di sini.
Ia boleh dimuat turun secara percuma dari App Store (IOS) atau Play Store (Android), memudahkan pengguna mendapatkan maklumat sahberkenaan pendaftaran perniagaan dalam talian.
Perkhidmatan SSM e-Info, sebelum ini hanya boleh disemak menerusi laman sesawang SSM di www.ssm.com.my sejak 12 Mei 2006.
Hamzah memberiahu sidang media, maklumat yang boleh diperolehi melalui perkhidmatan itu antaranya info perniagaan, syarikat, gadaian syarikat dan perbandingan maklumat kewangan bagi dua tahun terkini.
"Dengan lebih sembilan juta pengguna telefon pintar di negara ini, kami menjangka e-Info akan melicinkan transaksi perniagaan seperti aktiviti pelaburan dalam negeri dan luar negeri, pembukaan akaun bank, pinjaman kewangan, pengesahan kesahihan dan keutuhan syarikat serta perniagaan dan perlesenan/permit perniagaan," katanya.
Ketika ini, dianggarkan hanya 24,000 perniagaan secara dalam talian di seluruh negara telah berdaftar dengan SSM.
Hamzah turut menjelaskan, perniagaan dalam talian perlu didaftarkan bagi mengelak penipuan pembelian di kalangan pengguna.
"Jika sesebuah perniagaan dalam talian tidak didaftarkan, pemiliknya boleh dikenakan didenda RM50,000 serta dua tahun penjara.
"Kali kedua sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM100,000 dan dipenjara enam tahun," katanya.
Bernama
Fri Oct 02 2015
![SSM lancar aplikasi telefon pintar e-Info SSM lancar aplikasi telefon pintar e-Info](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41439878552_datukhamzahzainudd.jpg)
HAMZAH: Maklumat yang boleh diperolehi melalui perkhidmatan itu antaranya info perniagaan, syarikat, gadaian syarikat dan perbandingan maklumat kewangan bagi dua tahun terkini. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720496836_KakitanganMicrosoft.jpg)
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.
![Google Circle to Search bakal sokong imbasan kod QR Google Circle to Search bakal sokong imbasan kod QR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719818992_GoogleCircle.jpg)
Google Circle to Search bakal sokong imbasan kod QR
Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat pembangunan kerana ia masih tersembunyi dalam aplikasi Google versi 15.25.32.
![Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718621135_ChromeDiAndroid.jpg)
Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web
Ciri yang diberi nama 'Listen to this page' ini mula diberikan secara berperingkat sejak semalam dengan akses menerusi menu dalam aplikasi.
![Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714623217_Googlejpg.jpg)
Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil
Mulai Julai, pengguna di Brazil yang memiliki peranti Android yang bersesuaian akan dapat mengakses versi beta kunci pengesanan kecurian Google, kunci peranti luar talian dan kunci jarak jauh.
![Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716784671_TBChromecastGoogle.jpg)
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
![Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715827335_Sekuriti.jpg)
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
![Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
![Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714986795_tbAdobe.jpg)
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
![Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714360481_PlayStorejpg.jpg)
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
![Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713410565_TBPlayStorejpg.jpg)
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.