SEOUL: Tayangan siri drama sensasi dari Korea Selatan di Netflix, Squid Game dilaporkan telah mencetuskan ledakan pembelian saham hiburan di negara tersebut.
Bermula daripada kumpulan BTS dan kini ‘menjangkiti’ Squid Game, hiburan Korea Selatan semakin popular dalam kalangan pengguna dan pelabur saham, menurut laporan Bloomberg.
Difahamkan, Bucket Studio Co yang memegang kepentingan di dalam agensi naungan pelakon utama Squid Game, menyaksikan lonjakan saham sehingga dua kali ganda dalam bulan ini sahaja.
Turut menerima tempias positif adalah saham ShowBox Corp yang melabur di dalam firma produksi drama tersebut, Siren Pictures, mencatatkan lonjakan harga saham sebanyak 55%.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan penstriman global difahamkan meningkatkan pelaburan mereka di dalam kandungan hiburan Korea Selatan.
Netflix dilaporkan merancang untuk meningkatkan perbelanjaan mereka ke dalam filem dan rancangan televisyen dari negara tersebut kepada AS$500 juta pada tahun ini.
“Mana-mana syarikat boleh menerbitkan kandungan ‘hit’.
“Kami tidak dapat meneka siapa yang akan menghasilkan ‘Squid Game’ seterusnya kerana semua boleh melakukannya,” jelas penganalisis di Hana Financial Investment Co., Lee Kihoon.
Satu lagi saham syarikat hiburan yang disarankan untuk dibeli oleh pelabur, menurut Kihoon, adalah penerbit drama yang juga popular ditayangkan di Netflix, 'Hometown Cha-Cha-Cha', iaitu Studio Dragon Corp.
Ini kerana anak syarikat kepada firma perfileman gergasi di Korea Selatan, CJ ENM Co. itu mempunyai nilai pasaran yang agak besar sebanyak AS$2.2 bilion dan hanya bersaing dengan pemain industri kecil.
Squid Game mula ditayangkan di Netflix pada 17 September lalu serta dilaporkan telah mendahului kedudukan tayangan popular bukan berbahasa Inggeris lain iaitu Money Heist dan Lupin.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos dalam satu laporan media berkata bahawa rancangan tersebut berkemungkinan mampu mengungguli kedudukan tayangan nombor satu di platform tersebut.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 01 2021
Tayangan siri drama sensasi dari Korea Selatan di Netflix, Squid Game dilaporkan telah mencetuskan ledakan pembelian saham hiburan di negara tersebut. - Foto fail/Netflix
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Peminat teruja TOP Bigbang muncul dalam treler 'Squid Game 2'
Kelibat TOP dilihat dengan jelas dalam satu babak membabitkan permainan "Lampu Merah, Lampu Hijau" yang didengungkan boneka ikonik Squid Game.
Lepas 10 bulan, juara 'Squid Game: The Challenge' tuntut wang kemenangan AS$4.56 juta
Whelan mendedahkan selepas 10 bulan menyertai Squid Game dia masih belum memperoleh walau satu sen pun hasil kemenangannya dalam program realiti tersebut.
Tayang trailer, Squid Game 2 perkenalkan empat bintang baharu
Platform Netflix baru merilis trailer musim kedua siri fenomena dunia, Squid Game.
Patung 'Squid Game' antara tarikan utama di Netflix at The Grove
Kedai "Netflix at The Grove" mula dibuka kepada orang ramai pada 13 Oktober lalu dan masuk adalah percuma.
Netflix dedah 'teaser' untuk musim kedua Squid Game
Teaser ringkas itu turut disertakan mesej daripada pencipta, penulis, pengarah dan penerbit eksekutif Hwang Dong-Hyuk, pada Isnin.
Pelakon "Squid Game" raih trofi Golden Globes: "Tak perlu jutaan followers" - Ogy
Awal minggu ini menyaksikan sejarah tercipta di Hollywood apabila pelakon asal Korea Selatan, Oh Young Soo menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di majlis anugerah Golden Globes Ke-79.
'001' cipta sejarah menang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Golden Globe
Oh Young-Soo menjadi bintang Korea pertama memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik.
Lelaki dihukum mati kerana 'seludup' Squid Game ke Korea Utara
Siri itu 'diseludup' masuk menggunakan pendrive dan kini penyeludup itu bakal berdepan hukuman tembak mati.
'Squid Game' ungguli carta teratas Netflix untuk hari ke-47
Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.
'Squid Game' bakal kembali! 'Saya tiada pilihan, banyak 'tekanan' dari peminat' - Pengarah
Rancangan popular Netflix "Squid Game" bakal kembali untuk musim kedua, kata penulis dan pengarahnya Hwang Dong-hyuk.