Softbank bangunkan AI yang kurangkan kemarahan pemanggil talian khidmat pelanggan

Amanz
Jun 5, 2024 18:32 MYT
Ketika melayan pemanggil, pekerja boleh mengaktifkan AI ini jika merasakan mereka tidak lagi tahan dengan tona suara yang tinggi atau menjerit. -Amanz
MENJADI lumrah apabila kita menghadapi masalah dengan sesuatu perkhidmatan, pekerja yang menerima laporan akan menjadi mangsa amarah.

Ringkasan AI
  • Softbank dan University of Tokyo telah bangunkan Emotion Cancelling Voice Conversion Engine yang boleh mengubah tona suara kemarahan pemanggil talian khidmat pelanggan.
  • Jika petugas khidmat pelanggan berasa tidak selesa dengan tona suara tinggi atau menjerit pemanggil, AI akan mengubah suara pelanggan menjadi lebih lembut, sekali gus mengurangkan tekanan emosi ke atas pekerja.
  • Softbank berharap sistem ini akan dapat digunakan di talian khidmat pelanggan mereka menjelang 2026.

Merekalah barisan hadapan yang terpaksa menghadap cacian dan makian pelanggan yang tidak berpuas hati.
Di Jepun, Softbank dan University of Tokyo telah membangunkan sebuah kecerdasan buatan (AI) Emotion Cancelling Voice Conversion Engine yang mengubah tona suara kemarahan pemanggil talian khidmat pelanggan.
Ketika melayan pemanggil, pekerja boleh mengaktifkan AI ini jika merasakan mereka tidak lagi tahan dengan tona suara yang tinggi atau menjerit.
AI akan mengubah suara pelanggan kepada yang lebih lembut, sekali gus mengurangkan tekanan emosi ke atas pekerja yang terpaksa berurusan dengan mereka.
Sistem ini juga boleh menapis kata-kata kesat yang mungkin dihamburkan kepada pekerja.
Pada ketika AI ini masih lagi sedang diperhalusi bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan pelanggan yang menelefon masih dapat disampaikan dengan tepat.
Softbank berharap sistem ini akan dapat digunakan di talian khidmat pelanggan mereka menjelang 2026. -Amanz
#Softbank #University of Tokyo #pemanggil talian khidmat pelanggan #kurangkan kemarahan
;