Smidex 2013 catat jualan RM300 juta

Astro Awani
Jun 14, 2013 12:08 MYT
Smidex 2013 berjaya menjana jualan melebihi RM300 juta hasil sesi padanan perniagaan yang dijalankan.
Antara yang berjaya ialah pertemuan peserta industri aeroangkasa seperti Boeing, Bae Systems, Dessault Aviation dan Snecma.
SME Corp Malaysia dalam satu kenyataan berkata banyak usaha sama awam swasta dimuktamadkan menerusi memorandum persefahaman, MOU.
Persetujuan dicapai walaupun pada asalnya peserta hanya meminta perbincangan tidak formal, cadangan dan jualan.
MOU yang ditandatangani termasuk antara SME Corp Malaysia dan Touch ‘N Go, Entrepreneurship Development Fund dari Kazakhstan dan Enterprise Development Fund dari Yamen.
Pada kemuncak Smidex 2013, Romstar Sdn Bhd diumumkan sebagai pemenang utama anugerah Inovasi PKS tahun ini.
Syarikat penyedia teknologi minyak dan gas itu membawa pulang hadiah RM1 juta ringgit.
#SME Corp Malaysia #SMIDEX