SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL

Bernama
Mei 24, 2024 19:00 MYT
SKM menerima maklumat syarikat ALLSTAR CAPITAL menerusi hantaran di laman web rasmi syarikat tersebut mengguna pakai nama SKM sebagai penaung.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
SKM dalam kenyataan memaklumkan penafian itu dibuat susulan pihaknya menerima maklumat bahawa syarikat ALLSTAR CAPITAL menerusi hantaran di laman web rasmi syarikat tersebut mengguna pakai nama SKM sebagai penaung.
"Berikutan itu, SKM dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat ini juga tidak bernaung di bawah SKM.
"Orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri," menurut kenyataan itu.
Orang awam boleh menghubungi SKM di talian 03-2083 4000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk aduan dan pertanyaan.
-- BERNAMA
#SKM #ALLSTAR CAPITAL #pinjaman #pelaburan
;