Singapura dilapor dalam perbincangan untuk melabur dalam OpenAI
Amanz
Mac 7, 2024 09:00 MYT
Mac 7, 2024 09:00 MYT
SINGAPURA, melaui firma pelaburan Temasek kini dilaporkan sedang dalam fasa perbincangan untuk melakukan pelaburan pada syarikat kecerdasan buatan terkemuka, OpenAI. Buat masa ini, nilai pelaburan dan sebagainya masih tidak diketahui lagi.
Temasek merupakan firma pelaburan milik kerajaan Singapura, dan sedia melakukan pelaburan pada beberapa syarikat teknologi popular, termasuk seperti Roblox, Alibaba, Tencent, dan sebagainya.
Dikatakan, Temasek pada awalnya berminat untuk melabur pada syarikat pelaburan milik Sam Altman, iaitu CEO OpenAI. Tetapi, perbincangan lanjutan kebelakangan ini turut menyertakan pelaburan pada OpenAI.
Buat masa ini, OpenAI mempunyai beberapa pelabur, termasuk Microsoft, Sequoia Capital, dan juga Khosla Ventures. Dengan Singapura sendiri memfokuskan untuk menjadi hab kecerdasan buatan, pelaburan pada OpenAI semestinya memainkan salah satu peranan penting dalam perkembangan berkenaan.
OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.