Sime Darby Berhad melaporkan keuntungan sebelum cukai dan faedah sebanyak RM1.1 bilion.
Syarikat itu juga melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM618 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.
Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffri Salim Davidson.
Jumlah pendapatan untuk operasi tahun ini ialah RM33.8 bilion.
Dividen interim kedua sebanyak 4 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 2 sen sesaham dinyatakan pada tahun kewangan ini.
Pada 30 November 2017, Sime Darby Berhad berjaya menyenaraian keseluruhan saham syarikat Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Oleh itu, perniagaan Perladangan dan Hartanah dihentikan laporannya.
Kedua-dua syarikat, Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad telah dipecahkan daripada ibu syarikat utama kumpulan itu, iaitu Sime Darby Berhad.
Sime Darby Berhad kini memberi tumpuan kepada perniagaan Perindustrian, Motor, Logistik dan Penjagaan Kesihatan ( Operasi Berterusan).
Ibrahim Sani
Thu Aug 30 2018

Laporan kewangan ini adalah selepas tiga syarikat besar Sime Darby dipecahkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia / Filepic

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Sering lihat 'kelibat' Jho Low di pejabat Najib - Saksi
Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi seringkali melihat 'kelibat' Jho Low, di pejabat timbalan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan.

MPOB jangka industri minyak kelapa sawit lebih baik tahun ini
Produk minyak sawit telah meraih reputasi positif sebagai alternatif bebas lemak trans bagi industri makanan di Amerika Syarikat.

Prosiding PAC: Bakke tidak pernah sebut dana 1MDB dipindah ke akaun PM - Hasan
"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri Bakke tidak pernah menyatakan, pada bila-bila masa, yang dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri."