Shopee umum peningkatan kadar caj selari peningkatan cukai SST berkuat kuasa 1 Mac
Amanz
Februari 20, 2024 10:30 MYT
Februari 20, 2024 10:30 MYT
SHOPEE kini memaklumkan para penjual dan pengguna platform e-dagang mereka berkenaan dengan peningkatan kadar caj pada platform mereka – selari dengan peningkatan cukai SST.
Sebelum ini, kerajaan sedia menetapkan yang mana cukai perkhidmatan SST akan ditingkatkan daripada kadar sedia ada 6% kepada 8% berkuat kuasa 1 Mac 2024 kelak.
Selari dengan perkara ini juga, caj perkhidmatan di Shopee turut memperlihatkan peningkatan – meliputi caj transaksi, caj komisyen, dan pelbagai caj lain.
Sejumlah syarikat turut telah memaklumkan para pengguna tempatan berkaitan peningkatan caj ini, termasuk TikTok Shop dan juga Google.
Bagi para penjual di Shopee, boleh mengambil maklum caj ini, dan melakukan perancangan dengan lebih baik untuk menjual melalui platform tersebut.