Shell sahkan 230 stesen beroperasi seperti biasa

Bernama
Januari 16, 2017 18:58 MYT
Shell sedang bekerjasama dengan vendor IT mereka untuk mengenal pasti punca dan tahap masalah itu. - Gambar fail
Shell Malaysia mengesahkan hari ini 230 daripada stesen minyaknya beroperasi seperti biasa, menerima urus niaga tunai dan juga kad kredit.
"Kebanyakan stesen lain menerima pembayaran tunai," kata syarikat itu dalam satu kenyataan berhubung masalah teknikal yang dihadapinya membabitkan urus niaga kad kredit di stesen minyak Shell di seluruh negara, sejak 1 pagi hari ini.
Shell yang memohon maaf kepada pelanggannya yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu berkata ia sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Kami sedang bekerjasama dengan vendor IT kami untuk mengenal pasti punca dan tahap masalah itu," kata Shell. --Bernama
#masalah teknikal #shell #stesen minyak
;