Shazalli Ramly dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM
Astro Awani
Mac 21, 2017 18:51 MYT
Mac 21, 2017 18:51 MYT
Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia TM berkuatkuasa 1 Mei 2017.
Pelantikan itu susulan persaraan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa bermula 30 April ini.
TM dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu akan mengukuhkan barisan kepimpinan TM dari segi industri, pemasaran, kewangan dan operasi untuk menjamin momentum kukuh syarikat.
Ia terutama dalam meneruskan kesinambungan usaha penumpuan atau convergence yang dijalan TM selama ini.
TM turut menyifatkan Zamzamzairani sebagai pemimpin yang mempunyai visi jelas serta membawa TM ke tahap lebih tinggi sepanjang menjawat jawatan tersebut.