Sertai kempen JomPAY Bagaikan Juara
Astro Awani
September 6, 2018 20:11 MYT
September 6, 2018 20:11 MYT
MASIH ingat cara pembayaran bil-bil di masa lalu?
Kemudahan terdahulu tidaklah seperti sekarang yang serba canggih.
Sebagai contoh, bayaran bil elektrik, air, telefon, dan pelbagai cukai harus dilakukan secara berasingan di ibu pejabat atau cawangan perkhidmatan terbabit.
Pengguna harus memandu ke empat hingga lima tempat berasingan hanya untuk membayar bil.
Ia akan mengambil masa kerana selain harus tempuh kesesakan trafik, pengguna juga harus beratur dan menunggu giliran.
Begitulah rutin bulanan warga Malaysia sebelum ini.
Bayaran bil lebih mudah dengan JomPAY
Salah satu kemudahan kini adalah JomPAY, yang merupakan satu inisiatif negara untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui Internet, Telefon Mudah Alih atau mesin ATM menggunakan akaun Semasa, Simpanan atau Kad Kredit menerusi hampir kesemua bank di Malaysia.
Dengan ini, pengguna boleh membuat bayaran bil dengan pantas, pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini adalah percuma.
Bagaimana hendak membuat bayaran melalui JomPAY?
1. Cari logo JomPAY dan ‘Biller Code’ di bil anda
2. Log masuk ke Perbankan Internet atau Telefon Mudah Alih dan cari JomPAY
3. Masukkan JomPAY Biller Code, Nombor Rujukan dan cara pembayaran dari akaun Semasa, Simpanan atau Kad Kredit dan lakukan pengesahan pembayaran.
4. Simpan ‘Biller’ JomPAY sebagai ‘Favorites’ untuk kemudahan anda!
Kempen JomPAY Bagaikan Juara
Dari sekarang hingga 30 September 2018, sertai kempen JomPAY Bagaikan Juara dengan tawaran pelbagai hadiah yang menarik kepada pembayar bil yang bertuah.
Bayar dengan JomPAY dan berpeluang menangi MINI John Cooper Works 3 Door Edisi Terhad (2 pemenang) dan hadiah saguhati iPhone X 256 GB (4 pemenang).
Selain itu, terdapat juga hadiah mingguan dan bulanan dari bank-bank yang mengambil bahagian.
Bagaimana untuk menang?
Mudah sahaja! Simpankan ‘Biller’ JomPAY sebagai ‘Favourites’ dan buat pembayaran JomPAY dari ‘Favourites’ melalui Perbankan Internet atau Telefon Mudah Alih.
Layari www.jompay.com.my untuk maklumat lanjut!
Ingat… kempen ini berakhir pada 30 September 2018 jadi apa tunggu lagi, jom bayar bil bersama JomPAY!