Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia
Shafizan Johari
November 29, 2017 17:10 MYT
November 29, 2017 17:10 MYT
Kes serangan siber meningkat dengan mendadak di seluruh dunia sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan terbaharu dikeluarkan syarikat penyedia teknologi Akamai Technologies.
Laporan industri syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menyebut, serangan terhadap aplikasi web pada suku tahun ketiga 2017 meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam masa sama, ia turut menyatakan, serangan terhadap aplikasi web juga meningkat 30 peratus berbanding suku kedua tahun ini.
"Penjenayah siber turut mengunakan teknologi Internet of Things (IoT) dan peranti Android untuk melancarkan serangan dengan sasaran kini dikhuatiri tertumpu kepada aktiviti pembelian sempena musim jualan hujung tahun," katanya.
Pada masa sama, Akamai menjangkakan peniaga atas talian akan berhadapan dengan kerugian memandangkan ancaman serangan siber akan menjejaskan minat membeli belah atas talian.
Ia juga boleh menjejaskan peniaga atas talian memandangkan musim jualan hujung tahun adalah tempoh paling kritikal bagi mereka yang ketika ini dipacu oleh kempen seperti 'Black Friday' or 'Cyber Monday'.
Penganalisis sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan serangan siber susulan pendedahan data peribadi milik 46.2 juta penguna telefon mudah alih.
Uber pada minggu lalu mendedahkan data peribadi milik 57 juta pengunanya juga terdedah.
#Akamai
#Akamai Technologies
#Android
#aplikasi web
#data
#jualan hujung tahun
#keselamatan data
#komputer
#peniaga
#serangan
#serangan siber
#Siber
#teknologi
#virus
#web