KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata kepada 1,421.34 daripada 1,423.5 pada penutup Selasa. Indeks barometer dibuka pada paras 1,422.01, susut 1.49 mata.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 135 berbalas 98, manakala 199 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 104.99 juta unit bernilai RM43.32 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) lebih lemah apabila pelabur masih menantikan berita mengenai rundingan siling hutang antara pemimpin kongres dan Presiden AS Joe Biden, dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mengulangi bahawa jika siling hutang tidak dinaikkan, negara itu mungkin berisiko mungkir terhadap obligasi hutangnya seawal 1 Jun.
Firma broker itu menambah memandangkan ketidaktentuan di AS, ia percaya tekanan jualan mungkin melimpah ke pasaran tempatan, sekali gus mengehadkan potensi peningkatan pada FBM KLCI.
"Kami berpendapat peniaga mungkin menumpukan pada saham defensif dalam sektor telekomunikasi, utiliti dan pengguna.
"Sementara itu, kami berpihak kepada saham berkaitan pelancongan dan penjagaan kesihatan berikutan pembukaan semula sempadan China," katanya dalam nota hari ini.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng pula menyatakan sentimen keseluruhan kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan di AS.
"Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,415-1,425," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals susut dua sen setiap satu kepada RM8.71 dan RM7.05, Tenaga turun lapan sen menjadi RM9.65 manakala Public Bank dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM3.95 dan RM4.99 .
Bagi saham aktif, Classita, Vinvest dan ATA IMS meningkat setengah sen setiap satu kepada 15.5 sen, sembilan sen dan 28.5 sen, YTL Corporation menambah satu sen kepada 67.5 sen manakala Silver Ridge turun setengah sen kepada 43.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 10.03 mata kepada 10,409.35, Indeks FBMT 100 susut 14.17 mata kepada 10,101.32, Indeks FBM Emas Syariah turun 16.74 mata kepada 10,762.64 dan Indeks FBM 70 kerugian 13.89 mata kepada 13,479.45.
Bagaimanapun, Indeks FBM ACE memperoleh 10.93 mata kepada 5,011.5.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.24 mata kepada 166.98 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 8.65 mata kepada 15,539.79, manakala Indeks Tenaga susut 0.22 mata menjadi 833.72 dan Indeks Perladangan turun 14.94 mata kepada 6,918.78.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata kepada 1,421.34 daripada 1,423.5 pada penutup Selasa. Indeks barometer dibuka pada paras 1,422.01, susut 1.49 mata. -Gambar fail/Bernama
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.