Selamat tinggal Tesco Malaysia, selamat datang Lotuss

Madiha Abdullah
Februari 15, 2021 22:55 MYT
Ia dikatakan susulan sebuah syarikat Thailand yang telah membeli Tesco Malaysia dan Thailand. - Foto Twitter
KECOH di media sosial ketika ini adalah penukaran nama pasar raya Tesco.
Menurut beberapa entri di laman sosial, nama baharu Tesco kini Lotuss. Ia berhubung susulan sebuah syarikat Thailand yang telah membeli Tesco Malaysia dan Thailand.
Sebelum ini, media melaporkan syarikat Tesco PLC yang berpangkalan di United Kingdom bersetuju menjual operasinya di kedua-dua negara ini kepada sebuah syarikat pelaburan Thailand dengan harga RM44.8 bilion.
Ramai pengguna media sosial memuat naik gambar pengumuman Tesco di bahagian buletin mereka berkenaan penukaran nama itu, malah ada juga yang memuat naik papan iklan Tesco yang kini ditukar kepada Lotuss.
Ada juga yang sedih dengan perkembangan itu, memandangkan Tesco mempunyai banyak produk yang selama ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Adakah anda akan merindui Tesco?
#Tesco #Thailand #United Kingdom #media sosial #Malaysia #laman sosial #Tesco Malaysia #Lotuss
;