Sektor Kewangan & Insurans catat pemberhentian pekerja tertinggi 2015

Bernama
Mei 4, 2016 16:40 MYT
Sektor Kewangan dan Insurans mencatatkan bilangan pekerja paling tinggi diberhentikan perkhidmatannya pada 2015. -Gambar hiasan
Sektor Kewangan dan Insurans mencatatkan bilangan pekerja paling tinggi diberhentikan perkhidmatannya pada 2015.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib daripada jumlah berkenaan lebih 90 peratus memilih Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) tahun lepas.
Manakala dua peratus atau 414 pekerja lagi ditamatkan perkhidmatan disebabkan oleh pemaksimuman teknologi maklumat dan komunikasi.
Ismail berkata ini merangkumi 46 peratus iaitu 17,628 pekerja berbanding seluruh sektor pekerjaan dalam negara yang ditamatkan perkhidmatan disebabkan kelembapan ekonomi.
Bagaimanapun, beliau berkata, pemberhentian pekerja setakat tahun lepas masih terkawal.
Ini kerana ia berlaku hampir di semua sektor ekonomi.
#Datuk Seri Ismail Abd Mutalib #Sektor Kewangan dan Insurans #Timbalan Menteri Sumber Manusia
;