SCC bayar dividen RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah
Bernama
Jun 22, 2016 21:22 MYT
Jun 22, 2016 21:22 MYT
Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) membayar dividen sebanyak RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah selain RM1 juta sebagai pembayaran faedah dan pinjamaan kepada kerajaan negeri bagi 2015.
Dalam kenyataan hari ini, SCC berkata ia turut membayar zakat berjumlah RM107,000 kepada Pusat Zakat Sabah.
Pembayaran dibuat dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Sejak 2002, apabila kerajaan negeri mula menyuntik modal dalam SCC, perbadanan itu telah membayar sejumlah dividen kasar lebih RM239 juta.
"Satu pencapaian bagi sebuah organisasi yang bermula pada 1955 dengan geran pelancaran sebanyak RM1 juta.
"SCC berterima kasih kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri atas sokongan yang berterusan kepada SCC, terutamanya apabila perbadanan ini menjadi entiti yang lebih komersial.
"Jaminan berterusan daripada Ketua Menteri menjadikannya lebih mudah bagi lembaga pengarah dan pengurusan untuk meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan," menurut kenyataan itu.
#Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) membayar dividen sebanyak RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah selain RM1 juta sebagai pembayaran faedah dan pinjamaan kepada kerajaan negeri bagi 2015
#Pusat Zakat Sabah