Sasaran defisit bajet 2016 Malaysia mampu dicapai

Pritha Manivannan
Disember 29, 2015 15:29 MYT
Kelemahan harga emas hitam itu dijangka tidak berpanjangan berdasarkan rekod turun naik harga komoditi itu sebelum ini. - Gambar hiasan
Malaysia boleh mencapai sasaran bajet defisit sebanyak 3.1 peratus pada tahun hadapan berikutan peningkatan semula harga mintak mentah global yang dijangka berlaku pada suku ketiga 2016.
Menurut Ketua Ekonomi Kumpulan IQI, Shan Saeed, kelemahan harga emas hitam itu dijangka tidak berpanjangan berdasarkan rekod turun naik harga komoditi itu sebelum ini.
"Saya rasa kerajaan Malaysia akan menyemak semula bajet 2016. Saya berpendapat defisit fiskal akan kekal dibawah 3.5 peratus.
"Kerajaan mengukuhkan usaha mengurangkan defisit sejak empat hingga lima tahun lalu. Ini suatu yang sangat baik. Saya yakin dengan ekonomi Malaysia," kata Shan.
Kerajaan sebelum ini menyatakan tidak akan menyemak kembali bajet 2016 meskipun harga minyak semakin lemah.
Shan pada masa sama optimis ekonomi Malaysia akan berkembang melebihi 5 peratus tahun depan.
Sementara itu, tindakan Arab Saudi meningkatkan harga petrol akan menjejaskan peserta industri lain.
Shan berkata ini kerana Arab Saudi dilihat tidak akan memotong pengeluaran sekali gus mengekalkan status quo bekalan pasaran.
"Arab Saudi sudah mengumumkan pengurangan pengeluaran dan negara lain bakal mengumumkan pengurangan tersebur kerana harga minyak pada 37 dolar setong adalah tidak mampan bagi pasaran tenaga.
Beliau menjangka harga akan berada pada 55 ke 60 dolar setong menjelang suku ketiga tahun depan.
Tambahnya harga tidak akan jatuh sehingga 15 dolar setong seperti dilihat pelabur yang memilih dagangan pilihan pada harga tersebut.
Dagangan pilihan dalam niaga hadapan minyak menyaksikan pelabur menjangkakan harga komoditi itu jatuh serendah 15 dolar setong sebelum ini.
#defisit bajet #Ketua Ekonomi #Malaysia #Shan Saeed
;