SapuraKencana, Petrofac umum pengeluaran gas

Bernama
Disember 3, 2012 03:03 MYT
SapuraKencana Petroleum Bhd mengumumkan yang pengeluaran gas daripada lapangan Berantai, di luar pantai Semenanjung Malaysia, telah bermula pada 20 Okt.
Lapangan Berantai terletak 150km luar pesisir Terengganu, Malaysia, 10km ke selatan Lapangan Tapis dan 30km timur laut Lapangan Angsi, kata SapuraKencana dalam satu kenyataan.
Pembangunan ini terdiri daripada platform "wellhead" yang dihubungkan ke kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO), FPSO Berantai, katanya.
Gas dieksport menerusi saluran kabel laut dalam sepanjang 30km ke Lapangan Angsi yang dikendalikan oleh PETRONAS Carigali dan seterusnya ke grid gas Semenanjung Malaysia, katanya.
Projek ini merupakan Kontrak Perkhidmatan Risiko pertama diberikan di Malaysia dan ini telah memenuhi matlamat PETRONAS untuk mengembangkan pengeluaran gas domestik dan mengukuhkan keupayaan tempatan, katanya.
#Lapangan Berantai #Pengeluaran gas #Petroleum Bhd #sapurakencana