Samsung lancar Galaxy Unpacked 2020 awal Ogos

Bernama
Julai 8, 2020 09:57 MYT
Pada acara 5 Ogos itu, Samsung juga dijangka memperkenalkan dua lagi telefon bimbit jenis lipat, Galaxy Fold 2 dan Galaxy Z Flip 5G.
Samsung Electronics Co pada Rabu mengesahkan telefon pintar baharunya Galaxy Unpacked 2020 bakal dilancarkan 5 Ogos secara dalam talian, lapor agensi berita Yonhap.
Siaran langsung acara pelancaran itu bermula 10 pagi waktu tempatan. Kebiasaannya acara pelancaran produk baharu diadakan di New York.
Samsung dijangka memperkenalkan peranti mudah alih baharu, termasuk siri Galaxy Note 20 yang mempunyai dua model iaitu Note 20 biasa dilengkapi paparan 6.4 inci, sementara Note 20 Ultra dikhabarkan menampilkan panel 6.9 inci.
Di Korea Selatan, Galaxy Note 20 akan dilancarkan pada 21 Ogos, dengan tempahan awal turut dibuka pada tarikh yang sama.
Samsung juga dijangka memperkenalkan dua lagi telefon bimbit jenis lipat, Galaxy Fold 2 dan Galaxy Z Flip 5G, pada acara itu.
Pihak industri berkata gergasi teknologi itu juga akan mengeluarkan jam tangan Galaxy Watch 3 dan fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds Live.
-- BERNAMA
#dalam talian #fon telinga tanpa wayar #Galaxy Note 20 #Galaxy Unpacked 2020 #jam tangan #Korea #lipat #New York #peranti mudah alih #Samsung #telefon pintar #tempahan awal
;