Saintis berjaya simpan data dalam berlian yang mampu bertahan jutaan tahun
Amanz
November 30, 2024 11:50 MYT
November 30, 2024 11:50 MYT
PENYIMPANAN data masa panjang ialah cabaran yang perlu dihadapi kerana storan cakera keras tidak boleh bertahan selama-lamanya dan storan pada cakera padat pula musnah apabila plastik terurai dalam masa 500 tahun.
Ringkasan AI
- Penyelidik di University of Science and Technology di Hefei telah menemui cara untuk menyimpan data menggunakan cakera dengan lapisan berlian, yang boleh menyimpan data dengan kepadatan 1.85 TB setiap sentimeter padu.
- Data yang disimpan menggunakan teknik ini dipercayai boleh bertahan selama jutaan tahun walaupun pada suhu bilik, berbanding storan cakera keras dan cakera padat yang mempunyai jangka hayat terhad.
- Laser ultra pantas digunakan untuk menolak kedudukan atom karbon pada permukaan berlian, menghasilkan keterangan berbeza yang mewakili data.
- Ketepatan penyimpanan dan pembacaan data menggunakan teknik ini adalah sekitar 99%.
Penyelidik daripada University of Science and Technology di Hefei kini menemui jalan untuk menyimpan data menggunakan berlian.
Menerusi penemuan ini, sebuah cakera dengan lapisan berlian boleh menyimpan data dengan kepadatan 1.85 TB setiap sentimeter padu.
Ini bermakna ia mempunyai kapasiti 2,000 cakera Blu-Ray yang mempunyai saiz yang sama.
Lebih penting sekali penyelidik percaya data yang disimpan boleh bertahan selama jutaan tahun walaupun disimpan pada suhu bilik.
Laser ultra pantas digunakan untuk menolak kedudukan atom karbon pada permukaan berlian.
Ini akan menghasilkan keterangan berbeza pada permukaan berlian yang mewakili nilai tertentu untuk data yang disimpan.
Dalam kajian yang dilakukan ketepatan penyimpanan dan membaca semula data menggunakan teknik ini ialah sekitar 99%.
Sistem ini masih di peringkat ujian dan menelan kos yang tinggi kerana sistem laser yang diperlukan.
Namun begitu penyelidik percaya dengan kemajuan teknologi, mesin sebesar ketuhar gelombang mikro boleh melakukan proses menyimpan data di masa hadapan.
Penemuan ini mengingatkan kami kepada sistem cakera padat ciptaan penyelidik University of Southampon tiga tahun lalu yang boleh menyimpan sehingga 10,000 kali ganda data sekeping Blu-Ray.
Walaupun berkapasiti tinggi, proses menulis data 500TB mengambil masa 60 hari menjadikannya tidak praktikal. -Amanz