Saham Serba Dinamik diniagakan kembali pada 9 Mei

Bernama
April 29, 2022 05:45 MYT
Dagangan dalam sekuriti syarikat tersebut telah digantung pada 27 Okt 2021 kerana kegagalannya bagi mematuhi Arahan Bursa Malaysia. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Penggantungan dalam urus niaga saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan ditarik balik mulai 9 pagi pada 9 Mei depan.
Ini berikutan langkah syarikat itu untuk mengumumkan, antara lain, penemuan daripada Kemas Kini Penemuan Fakta (FFU), selaras dengan Arahan Bursa Malaysia (Perintah).
Dagangan dalam sekuriti syarikat tersebut telah digantung pada 27 Okt 2021 kerana kegagalannya bagi mematuhi Arahan Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan dapatan daripada FFU itu mengandungi pandangan Serba Dinamik dan komen serta bantahan ini tidak mewakili pandangannya mengenai perkara berkenaan dan bursa tidak akan bertanggungjawab untuk memeriksa ketepatan, kesempurnaan atau kecukupan mana-mana yang sama.
Isu-isu ini telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dalam dua set prosiding sivil masing-masing.
Katanya, SIR tersebut belum selesai atau dimuktamadkan sehingga sekarang.
Juruaudit bebas Serba Dinamik, Nexia SSY PLT, yang terlibat untuk mengaudit penyata kewangan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 tidak menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, kerana Nexia tidak dapat memperoleh bukti audit yang mencukupi dalam menyediakan asas bagi pendapat audit.
-- BERNAMA
#Serba Dinamik #Bursa Malaysia #saham #Kemas Kini Penemuan Fakta
;