Saham-saham AirAsia X digantung Jumaat

Bernama
Januari 29, 2015 20:00 MYT
Dilaporkan bahawa AirAsia X sudah bersedia untuk mengumumkan terbitan hak seawal Jumaat bagi mencuba dan menutup jurang aliran tunai yang semakin bertambah. - Gambar Fail
AirAsia X Bhd mengumumkan bahawa saham-saham syarikat itu akan digantung esok.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata penggantungan itu dibuat bagi menunggu satu pengumuman penting.
Dilaporkan bahawa AirAsia X sudah bersedia untuk mengumumkan terbitan hak seawal Jumaat bagi mencuba dan menutup jurang aliran tunai yang semakin bertambah.
Saham-saham AirAsia X ditutup pada 65.5 sen, turun sebanyak 1.5 sen.
#Airasia X #Bursa Malaysia
;