Saham pasaran AS catat sedikit peningkatan
Astro Awani
Mei 5, 2020 08:00 MYT
Mei 5, 2020 08:00 MYT
Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit pada penutup dengan prestasi baik saham syarikat teknologi.
Indeks S&P 500 naik 0.4 peratus pada penutup.
Sebelum ini, indeks S&P 500 ditutup rendah untuk dua hari berturut-turut.
Indeks Nasdaq yang mengukur syarikat teknologi mencatatkan kenaikan 1.2 peratus.
Antara saham yang mencatatkan kenaikan termasuk Microsoft yang naik 2.4 peratus.
Saham syarikat penerbangan mencatatkan kejatuhan selepas pelabur Warren Buffett menyatakan akan melepaskan pegangannya dalam empat syarikat penerbangan terbesar AS.
Dalam masa yang sama, indeks Dow Jones turut naik 26 mata pada penutup.
Dollar turut mencatatkan kenaikan dengan pelabur turut mencari aset yang selamat untuk wang mereka.
Pasaran di AS turut naik susulan sentimen positif dengan pembukaan lebih banyak negeri di AS.
Namun di pasaran global, saham mencatatkan kejatuhan dengan pelabur gusar tentang perselisihan antara AS dan China tentang punca COVID-19 yang mampu mencetuskan perang dagangan kedua.
Pelabur kini turut menjauhi risiko dengan tinjauan menunjukkan aktiviti kilang di Eropah dan Asia yang mencatatkan kejatuhan pada April.
Indeks IHS Markit untuk zon Euro pada April menunjukkan PMI jatuh ke paras sekitar 33 peratus.
Dalam masa yang sama, indeks PMI pembuatan Malaysia IHS Markit turun kepada 31.3 pada April daripada 48.4 pada Mac.
#AS
#Asia
#China
#Dow Jones
#koronavirus
#Microsoft
#Nasdaq
#penerbangan
#S&P
#saham
#syarikat teknologi