Saham Netflix jatuh 30 peratus
Astro Awani
April 20, 2022 22:27 MYT
April 20, 2022 22:27 MYT
KUALA LUMPUR : GERGASI penstriman dunia, Netflix mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus pada Rabu, lapor Bloomberg.
Kejatuhan itu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat penstriman berpangkalan di Amerika Syarikat itu merudum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60 peratus dalam prestasi tahunannya.
Menurut Bloomberg lagi, keadaan ini adalah merupakan prestasi terburuk Netflix dalam kedua-dua indeks S&P 500 dan Nasdaq 100.
Berdasarkan data kajian, akhir tahun 2018 menjadi titik kejatuhan saham dan pelaburan buat syarikat itu.
Dengan kejatuhan itu, Netflix mengalami kerugian dari aspek jumlah pembeli sejak 2015.