Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih

Bernama
Januari 20, 2025 12:00 MYT
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas. -Gambar fail/Dagang News
KUALA LUMPUR: Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.

Ringkasan AI
  • Dagangan saham MAHB digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif dengan saham meningkat enam sen kepada RM10.96.
  • Pemegang saham MAHB menerima tawaran daripada Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd, dan GIP Aurea Pte Ltd pada harga tunai RM11.00 sesaham.
  • GDA, konsortium yang diterajui oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memegang sebanyak 86.51 peratus saham MAHB setakat 17 Januari 2025.

Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang itu berkata kalangan pemegang saham telah menerima tawaran daripada Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan GIP Aurea Pte Ltd pada harga tunai RM11.00 sesaham.
GDA merupakan konsortium diterajui Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Konsortium itu memegang sebanyak 86.51 peratus saham MAHB setakat 17 Jan, 2025, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #MAHB #KWSP #Khazanah
;