Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Ibrahim Sani
November 27, 2018 14:54 MYT
November 27, 2018 14:54 MYT
Saham Genting Malaysia Berhad jatuh merudum hari ini iaitu sebanyak 53 sen, atau 15 peratus kepada RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi.
Penganalisis mengatakan bahawa saham syarikat itu jatuh akibat pembatalan kontrak dengan syarikat hiburan gergasi dunia, Disney dan Fox.
Kontrak yang ditandatangani oleh Genting dengan Fox adalah bertujuan untuk membina taman tema 'Fox World', sebuah taman tema yang mengandungi harta intelek syarikat Fox.
Taman teman 'Fox World' ini sepatutnya menjadi taman tema 21st Centry Fox pertama di dunia dan sepatutnya dikendalikan oleh anak syarikat Genting, Resorts World.
Genting telah menuntut ganti rugi sebanyak RM4.2 bilion (AS$1 bilion) dari Walt Disney Co dan Twenty-First Century Fox Inc susulan pembatalan kontrak ini.
Genting berkata 'penyesalan penjual' atau Seller's Remorse yang disebabkan oleh Fox dan Disney, melanggar kontrak yang telah dicapai pada 2013 dengan Fox Entertainment Group untuk melesenkan harta intelek untuk Fox World.
Disney sehingga kini tidak memberi apa-apa keterangan terhadap kes saman Genting.
Tuntutan ganti rugi ini difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles, Amerika Syarikat ketika Disney bersiap untuk menyelesaikan pembelian aset Fox sebanyak RM28 bil (AS$71.3 bil), yang dijangka selesai pada suku pertama 2019.
Genting berkata ia telah membuat pelaburan bernilai RM3.1 bil (AS$750 juta) membina Fox World. Ia juga mencari ganti rugi punitif.
Resorts World Genting mengandungi kasino berasaskan tanah tunggal yang sah di Malaysia, tujuh hotel, pusat membeli-belah, tapak persembahan hiburan, lif gondola dan restoran, bar serta kelab.
Pusat hiburan itu menerima lebih daripada 23 juta pengunjung setiap tahun.
#batman
#Disney
#entertainment
#fox
#hiburan
#hotel
#lim goh
#lim goh tong
#Los Angeles
#mahkamah
#Malaysia
#pelaburan
#saman
#Spiderman
#superman
#warner bro
#Warner Brothers