Saham di Wall Street ditutup tinggi pada Rabu
Astro Awani
Disember 16, 2020 06:02 MYT
Disember 16, 2020 06:02 MYT
Saham di Wall Street ditutup tinggi pada Rabu dengan pelabur menunggu satu pelan rangsangan baharu diumum dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, Nasdaq turut mencatat rekod tertinggi selepas The Fed umum akan kekal kadar faedah hampir sifar selain menyalurkan kecairan ke dalam pasaran kewangan untuk elak kemeseletan.
Ini biarpun dengan unjuran ekonomi yang lebih baik susulan program vaksinasi yang bermula di Amerika.
Menurut laporan Reuters, saham yang meningkat termasuk saham teknologi yang dapat manfaat daripada lebih banyak pengguna dalam talian.
Biarpun dengan COVID-19, indeks S&P 500 telah meningkat 14 peratus sejak awal 2020.
Kongres dilapor semakin hampir untuk meluluskan pelan rangsangan AS$900 bilion.
Pada penutup, indeks utama di Bursa New York naik kecuali Dow Jones yang mencatatkan sedikit kejatuhan.