Saham di Bursa Malaysia dijangka kukuh minggu ini
Astro Awani
Januari 29, 2013 15:57 MYT
Januari 29, 2013 15:57 MYT
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka mengukuh minggu ini dengan sasaran paras sokongan diantara 1,620 dan 1,630.
Ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, berkata berikutan aktiviti pembetulan, lebih ramai pelabur dijangka menjual dan melepaskan pegangan masing-masing sebelum pilihan raya umum.
Tinjauan Affin Runcit Investment mendapati sentimen tempatan dijangka kurang aktif minggu ini.
Ini berikutan prestasi global yang bercampur-campur dengan penutupan bursa pada Khamis minggu lalu berikutan sambutan Maulidur Rasul.
Selain itu mungkin berlaku sedikit pergolakan minggu ini dengan musim perolehan tempatan dijangka berikutan keputusan yang kukuh daripada beberapa saham mewah untuk membalikkan semula kerugian ketara baru-baru ini.
Mengenai pasaran luar negara Dr Nazri berkata terdapat sedikit ketidaktentuan ekoran masalah siling atau bajet hutang di Washington dan data ekonomi global dijangka negatif.
Ini kerana laporan menyatakan bahawa Kongres Amerika mungkin tidak akan menimbangkan lanjutan jangka pendek siling hutang negara itu bulan depan.
Justeru sebarang berita yang kurang menggalakkan dari Amerika mungkin mengakibatkan pengambilan untung ketara.