Saham Blackberry jatuh 16%

Astro Awani
November 5, 2013 10:27 MYT
Blackberry mengabaikan proses penjualan saham syarikat kepada Fairfax Financial Holdings, sekaligus mengumumkan pengganti Ketua Pegawai Eksekutifnya Thorsten Heins yang akan meletak jawatan.
Fairfax, pemegang saham terbesar Blackberry dengan penguasaan 10% menyatakan tidak akan membeli syarikat telefon pintar itu atau memiliknya secara keseluruhan.
Sebaliknya Fairfax dalam satu kenyataan memberitahu, ia dan beberapa pelabur lain akan menyuntik sebanyak satu bilion dolar Amerika sebagai sebahagian daripada cadangan semakan semula pelaburan syarikat.
Pengurusan Blackberry menyatakan Heins memberitahu untuk mengundur diri setelah menjadi CEO pada awal tahun 2012 pada saat syarikat itu berdepan masalah kewangan kritikal dengan kerugian berbilion dolar.
Buat sementara, John Chen, bekas Ketua Eksekutif Sybase akan memangku jawatan CEO Blackberry.
Sejurus pengumuman itu, saham Blackberry mengalami penurunan lebih 16%.
September lalu Blackberry mengumumkan yang Fairfax telah memetrai surat hasrat untuk memiliki seluruh saham syarikat demi menyelamatkan kewangannya.
Blackberry kini sedang menghadapi persaingan sengit dalam industri telefon mudah-alih, apatah lagi dengan proses pengenalan Blackberry 10 yang dikatakan sukar meraih jualan di pasaran.
#BlackBerry #Fairfax Financial Holdings #saham #telefon pintar #Thorsten Heins
;