Saham AirAsia tinggi pada dagangan awal
Bernama
Oktober 7, 2015 11:21 MYT
Oktober 7, 2015 11:21 MYT
Harga saham AirAsia Bhd meningkat dalam dagangan awal hari ini susulan berita yang melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu akan menjadi syarikat persendirian menerusi belian oleh pengurusan (MBO).
Pada 10.50 pagi, AirAsia meningkat lapan sen, dengan 61.553 juta saham bertukar tangan.
Laporan berita itu menyebut bahawa pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, dan rakan perniagaannya, Datuk Kamarudin Meranun, sedang berurusan dengan pihak bank untuk memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan MBO berkenaan, yang mungkin dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.