Saham Aeon melonjak berikutan kemunculan berita pengambilalihan Carrefour

Bernama
Oktober 29, 2012 15:15 MYT
Saham Aeon Co (M) Bhd melonjak 66 sen berikutan kemunculan berita urus niaga pengambilalihan terhadap perniagaan Carrefour Malaysia yang berpangkalan di Perancis bernilai kira-kira RM750 juta oleh syarikat induknya, Aeon Jepun.
Sehingga jam 11.34 pagi, harga saham pengendali pasar raya itu dicatatkan RM12.60.
OSK Research berkata berita pengambilalihan itu, yang pertama kali muncul bulan lepas, membuktikan bahawa penggabungan dan pengambilalihan di dalam pasaran pengguna masih aktif.
"Urus niaga itu, yang dijangka diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, akan menjadikan Aeon Jepun sebagai pengendali pasar raya No. 1 dan salah satu peruncit terbesar di Malaysia," katanya dalam satu nota penyelidikannya.
Syarikat penyelidikan itu mengekalkan saranan "neutral" terhadap saham syarikat itu dengan nilai berpatutan lebih tinggi RM10.28 daripada RM9.10 sebelum ini.
#AEON #Carrefour #OSK #pengambilalihan
;