Sabah dijadual bentang Bajet 2023 pada 25 Nov ini

Bernama
November 16, 2022 06:02 MYT
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri dijadual membentangkan bajet tersebut. - Fail/JAPEN Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dijadual membentangkan Bajet 2023 pada 25 Nov ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual berlangsung selama lima hari.
Kenyataan DUN Sabah memberitahu Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga (Bajet Negeri) DUN Sabah Ke-16 itu menyaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri dijadual membentangkan bajet tersebut.
"Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga akan dimulakan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) oleh YAB Menteri Kewangan (Hajiji) pada 25 Nov pukul 3 petang," menurut kenyataan itu hari ini.
Persidangan itu kemudian akan disambung pada 10 pagi, 28 Nov dan dijadual berakhir pada 1 Dis.
-- BERNAMA
#Bajet Sabah 2023 #DUN Sabah #bentang bajet 2023 #Hajiji Noor