S&P sahkan penarafan A ke atas Sarawak, prospek stabil

Bernama
Disember 22, 2018 09:22 MYT
Per kapita KDNK negeri itu tinggi untuk rantau ini, tetapi masih rendah berdasarkan standard antarabangsa, terutamanya dengan ringgit yang lemah dalam beberapa tahun ini.
"Prospek stabil itu menunjukkan jangkaan kami bahawa Sarawak akan mengekalkan prestasi belanjawannya yang luar biasa, fleksibiliti belanjawan yang tinggi dan kedudukan mudah tunai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.
Per kapita KDNK negeri itu tinggi untuk rantau ini, tetapi masih rendah berdasarkan standard antarabangsa, terutamanya dengan ringgit yang lemah dalam beberapa tahun ini.
"Kami melihat prospek pertumbuhan ekonomi negeri itu sebagai baik dan unjuran KDNK sebenar naik pada purata 4.8 peratus setahun dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Ini akan didorong oleh jumlah perdagangan komoditi global yang stabil, peningkatan aktiviti dalam segmen hiliran komoditi dengan nilai tambah yang lebih tinggi, pertumbuhan sektor pelancongan yang mapan dan perbelanjaan fiskal yang berkembang disebabkan dorongan infrastruktur," katanya.
"Kami menjangka perbincangan negeri dengan kerajaan Persekutuan untuk menaikkan royalti minyak dan gas kepada 20 peratus daripada 5.0 peratus akan berlarutan dan dijangka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh unjuran kami," katanya.
Katanya penyusutan nilai ringgit seterusnya, jika berlaku, akan meningkatkan pendapatan operasi Sarawak berikutan minyak dan LNG kebanyakannya dijual dalam dolar AS.
Bagaimanapun, dengan tambahan pendapatan melalui cukai jualan ke atas eksport petroleum pada 2019, "kami percaya negeri itu akan mencatatkan lebihan keseluruhan pada purata 5.9 peratus daripada jumlah pendapatan setahun dalam tempoh 2016-2020."
Berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, Sarawak menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan pendapatan operasinya.
Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri Sarawak dan Sabah untuk mengenakan cukai jualan negeri.
Sarawak kini mengenakan cukai jualan sebanyak 5.0 peratus ke atas barangan seperti minyak sawit mentah, minyak isirung sawit mentah dan tiket loteri.
Rizab mudah tunai dan tunai negeri itu mencukupi untuk menampung 38 kali pembayaran hutangnya dalam tempoh 12 bulan akan datang, katanya.
Pada 2019, Sarawak menghadapi bon sukuk RM100 juta dan bayaran prinsipal bon US$35 juta, ditambah dengan kos faedah sebanyak AS$105.4 juta.
"Pada pandangan kami, penjanaan aliran tunai dalaman Sarawak turut kukuh, dengan lebihan operasi yang kami unjur kira-kira RM7 bilion pada 2020, mencukupi untuk menampung kira-kira 800 peratus jangkaan pembayaran hutang."
Kebanyakan pegangan tunainya dalam dana pasaran wang dan deposit tetap, katanya.
-- BERNAMA
#Malaysia #S&P #Sarawak #Standard and Poors
;