A.S. Memilih: Pasaran saham utama catat peningkatan, Bitcoin cecah paras tertinggi

Astro Awani
November 6, 2024 21:40 MYT
Pasaran saham utama di seluruh dunia mencatatkan peningkatan pada Rabu, selepas Donald Trump dipilih sebagai Presiden A.S. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Pasaran saham utama di seluruh dunia mencatatkan peningkatan pada Rabu.
Bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar Amerika Syarikat (A.S.) diramal untuk melonjak pada kadar harian tertinggi dalam temoh empat tahun.
Semua ini berlaku selepas Donald Trump dipilih sebagai Presiden A.S.
Saham kecil A.S. dirangsang oleh jangkaan bahawa Trump akan menawarkan pemotongan cukai dan menyokong pertumbuhan syarikat domestik.
Trump, 78, menawan semula Rumah Putih pada pilihan raya Selasa.
Niaga hadapan S&P dan Nasdaq melonjak lebih daripada 2%, sementara indeks Russell 2000 melonjak 6%.
Indeks dolar pula meningkat 1.4% dan dijangka merekodkan untuk hari terbaiknya sejak Mac 2023.
Sementara itu, seteru perdagangan A.S., China pula menyaksikan keadaan berbeza.
Matawang RMB dan pasaran saham China jatuh mendadak pada hari Rabu selepas Trump diumum menang pilihan raya, berikutan kekhuatiran peningkatan ketegangan terhadap perdagangan dan teknologi.
Dalam salah satu kempennya, Trump berikrar akan mengenakan tarif 60% atau lebih ke atas barangan dari China, demi menjamin kedudukan industri Amerika.
#pasaran saham utama #Bitcoin #Donald Trump #pasaran saham
;