RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021: Tiga lagi kementerian lulus, undian suara

Astro Awani
Disember 2, 2020 06:47 MYT
RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi tiga kementerian diluluskan melalui undian suara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesemua Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi tiga kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diluluskan melalui undian suara.
RUU Perbekalan Belanjawan 2021 bagi ketiga-tiga kementerian itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Keputusan itu diputuskan selepas sesi perbahasan ketiga-tiga menteri yang mewakili kementerian masing-masing.
Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli diperuntukkan RM2.1 bilion.
Sementara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan masing-masing diperuntukkan RM10.19 bilion dan RM4.79 bilion.
#Dewan Rakyat #Parlimen ' #RUU Perbekalan Belanjawan 2021 #Kementerian Pembangunan Luar Bandar #Kementerian Tenaga dan Sumber Asli #Kementerian Pertanian dan Industri Makanan #Belanjawan 2021