RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Bernama
Oktober 5, 2022 13:34 MYT
Oktober 5, 2022 13:34 MYT
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang berkenaan dibentang Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan kerajaan pada 2023.
Mohd Shahar berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 4 petang, Jumaat ini.
Ia dijangka dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.
-- BERNAMA