RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara lulus

Astro Awani
Disember 1, 2020 14:42 MYT
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkankeputusan yang diperoleh berdasarkan proses undian suara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan keputusan yang diperoleh berdasarkan proses undian suara.
Ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Perpaduan Negara dilakukan menterinya, Datuk Halimah Sadique.
Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan bernilai RM150 juta dalam Belanjawan 2021.
Terdahulu Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar menerusi proses undian yang sama.
#Kementerian Perpaduan #Dewan Rakyat #Belanjawan 2021 #Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat #Azalina Othman Said #Rang Undang-Undang RUU Perbekalan #Parlimen
;