Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Astro Awani
Disember 8, 2022 17:47 MYT
Disember 8, 2022 17:47 MYT
KUALA LUMPUR : Rusli Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuat kuasa 1 Dis 2022.
SKM dalam kenyataan berkata, pelantikan Rusli telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).
Rusli, 59, pernah berkhidmat sebagai pengarah SKM Negeri Selangor pada 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan pengarah di beberapa bahagian di ibu pejabat.
“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.
“Beliau juga telah berkhidmat selama 30 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi lagi,” tambah kenyataan itu.